Photobucket

Exchange Link

Friday 26 August 2011

♥Tahniah Sayang♥

Mama berhak untuk berasa bangga dengan kejayaan anak-anak mama dalam menunaikan tanggungjawab untuk berpuasa walaupun di taska, cikgu-cikgu menyediakan makanan, anak-anak mama tetap dengan pendirian untuk menghabiskan puasa setiap hari. Hari ni dah masuk hari ke-26, umat Islam di Malaysia berpuasa, dan anak-anak mama masih mengikuti tanpa gagal. Tahniah mama ucapkan dan mama yakin papa juga berasa bangga kerana tanpa melalui jerih untuk menjelaskan apakah itu ibadah berpuasa dan kelebihan menunaikannya, walaupun papa terpaksa mencari alternatif dengan "mengumpan" perkakas-perkakas raya.
Mama terusik dengan kelakuan nakal along dan angah, yang sudah terbiasa bangun untuk bersahur dan mama kadangkala "tercarried away", mengejutkan mama dan papa untuk bersahur. Terima kasih, sayang.
 
Semoga perbuatan yang menyejukkan hati mama dan papa ni, akan berkekalan sampai along dan angah meningkat dewasa!! Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments.

You are always welcome to visit and comments.

Always come back ya. ^0^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.:SweetOuju Copyright:.