Anugerah Illahi yang tak ternilai adalah anak². Amanat Allah SWT ini haruslah di jaga dengan baik, dididik mengikut landasan yang betul, dan ditatang bagai minyak yang penuh.
Mama B sering tertanya², betul ker dengan didikan yang Mama B terapkan pada anak² Mama B skang nih. Begitupun, tiada manusia yang sempurna, mungkin ada terkurang di mana². Yang penting, Mama B da cube yg terbaek dan sentiasa mencari isi-isi dalam mengukuhkan pengetahuan Mama B dalam mendidik anak².
Sebagai umat Islam, perkara plg asas adalah sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT iaitu dengan cara berdoa, berdoa, berdoa kepadaNya. Berdoalah agar anak² menjadi anak² yg solehah dan taat, berdoalah agar anak² mudah menerima ilmu untuk kecemerlangan dan berdoalah agar anak² sentiasa menjadi manusia yang hebat. Dan setiap doa harus datang dengan usaha. Berusahalah untuk mendidik anak²!! Chaiyok!! Chaiyok!! - Insya Allah........